Jailbreak iPhone dan iPad

Jailbreak bagi yang baru dengan iphone inilah isu yang selalu diperkatakan, perlu ke iphone saya dijailbreak?, apa itu jailbreak dan bagaimana dengan waranty iphone yang dijailbreak?, ia menjadi tanda tanya dan akhirnya beberapa jawapan boleh disimpulkan begini. Iphone boleh dijailbreak, waranty hanya void jika iphone jatuh dan calar. Tapi untuk software damage masih ada waranty. Itu yang diberitahu oleh kebanyakkan orang yang sudah jailbreak iphone mereka. Ipad pun sama dengan iphone. Version dari 2.0 hingga 4.2.1 dan akan datang 4.3 memberikan kita satu lagi indikator bahawa produk Apple mementingkan “sale after service”, itu yang membezakan ia dengan produk yang lain. Setakat ini semua iphone dan ipad boleh dijailbreak dan ikon yang terkenal ialah Cydia.

Amat berbeza kemampuan iphone dan ipad setelah dijailbreak. Perbezaannya melibatkan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan ketika iphone berada di mode original. Perkara yang menarik saya ialah iphone boleh sms kepada yang tersayang mengucapkan Selamat Hari Lahir, walaupun kita lupa tarikh lahirnya selalu dan paling menarik tarikh ulang tahun perkahwinan. Perkara yang tidak kurang menariknya iphone anda boleh download youtube dan simpan, sebenarnya ada banyak lagi sehinggakan anda boleh menjawab sms walaupun anda sedang bermain video game,…. Dasyatkan…

Sudah lama tak update bahagian jailbreak ni, masih sukar lagi kita untuk jailbreak apabila ia mampu di atasi dengan menukar beberapa version dengan kerap dan akhirnya menjadikan ia kebal dari jailbreak ini. Walaubagaimanapun ia masih alat, setiap alat ada kelemahannya tersendiri selagi ia dihasilkan oleh manusia.

Jailbreak bagi 4.3.5 ada pada link ini http://osxdaily.com/2011/09/02/redsn0w-0-9-8b7-makes-jailbreaking-4-3-5-easier-and-works-on-ios-5-beta-7/.

Kemudian pilih ipsw yang perlu dimuat turun pada link ini http://osxdaily.com/2011/07/25/ios-4-3-5-update-download/.

Saya perkenalkan version bagi ipsw berkenaan:

1. iphone 4 GSM – (dijual diMalaysia, pilih yang ini)
2. ipad 2 Wifi – yang ini hanya wifi sahaja
3. ipad 2 GSM – yang ini wifi + 3g (internet)
4. ipod touch 4th generation – yang ini adalah ipod touch yang terkini

20110927-065350.jpg

20110927-065402.jpg